nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Beranikah Patriot kecam perangai buruk pemimpin PH?

Oleh: HUSSAINI AMRAN

SEJAK dahulu lagi, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) memang selalu bersikap berat sebelah setiap kali memberi pandangan dalam isu-isu semasa.

Pakatan Harapan (PH) sudah tumbang pun mereka masih lagi setia bergayut di dahan yang rapuh.

Yang terbaharu, Presiden Patriot, Datuk Mohd Arshad Raji tidak berpuas hati apabila sekumpulan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca PH tumbang semasa sidang Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Beliau nampaknya tidak mempedulikan fakta sebenar apabila secara melulu mempertahankan PH dan Dr Mahathir.

Mohd Arshad mungkin terlalu taksub terhadap bekas Perdana Menteri tersebut sehingga terlepas pandang tentang sikap beberapa Ahli Parlimen PH yang biadab semasa membantah pelantikan Datuk Azhar Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Agak pelik sebab perangai buruk Ahli-ahli Parlimen PH terbabit dapat dilihat secara langsung oleh rakyat di seluruh negara.

Mereka terpekik dan terlolong sehingga ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat lagi menjijikkan yang dipercayai ditujukan terhadap Azhar.

Contohnya, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang tanpa segan-silu memekik perkataan ‘boo’ secara berterusan ketika Azhar menyampaikan ucapan selepas pelantikannya.

Apakah pada pandangan Patriot, tingkah laku Khalid yang buruk itu tidak salah?

Semasa zaman PH berkuasa pun, Patriot kelihatan lebih gemar menikus daripada menegur perangai buruk Ahli-ahli Parlimen pujaan mereka dalam sidang Dewan Rakyat.

Rakyat dapat melihat sendiri sikap memualkan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang suka mencetuskan kontroversi dengan memprovokasi Barisan Nasional (BN) yang berada di blok pembangkang ketika itu.

Mungkin Patriot dan Mohd Arshad sudah lupa Rayer pernah menggunakan perkataan kesat ‘kepala bapak’ dalam sidang Dewan Rakyat pada 31 Julai 2018.

Itu bukan kali pertama Rayer berkelakuan biadab namun tidak pernah pun Patriot mengecam pemimpin DAP tersebut secara terbuka.

Wajarkah pertubuhan yang dipimpin oleh sekumpulan bekas pegawai tinggi tentera itu bersikap berat sebelah dan mengamalkan dwistandard dalam menyatakan pendirian?

Kalau hendak menegur pun, biarlah adil. Memang tak patutlah mencari kesalahan pihak PN sahaja sedangkan perangai buruk PH, mereka pura-pura tak nampak pula.

Bak kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin Mohd Arshad kurang menonton sidang Parlimen pada zaman PH.

Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana Patriot boleh menyelongkar YouTube dan Facebook untuk mencari rakaman video yang memaparkan perangai buruk Ahli-ahli Parlimen PH ketika Dewan Rakyat bersidang.

Cuma kita tidak pasti sama ada panglima-panglima Patriot berani menegur pemimpin-pemimpin kesayangan mereka dalam PH kerana menunjukkan kelakuan yang sangat memalukan kepada rakyat.

Elok juga kalau Patriot tegur sekali Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang gambarnya makan di dalam Dewan Rakyat tular ketika ini.

Itu pun kalau beranilah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.