nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kekal anggota JIT MH17 – Ka Siong

17 JULAI: Malaysia sekali lagi mengulangi komitmennya untuk kekal sebagai sebahagian daripada Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) terhadap proses keadilan terhadap 298 mangsa tragedi penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine – Russia, kira-kira 6 tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, ketika dunia mengingati tahun ini sebagai sebagai tahun keenam insiden tragedi yang menimpa penerbangan MH17, Malaysia masih kekal bersolidariti bersama saudara-mara 298 mangsa termasuk anak kapal dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik ketika perbicaraan di mahkamah.

“Sebagai mengenang peristiwa tragis itu, Malaysia mengulangi komitmennya untuk kekal sebagai sebahagian daripada Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) terhadap proses keadilan yang dilakukan agar ia dapat dijalankan secara telus, berdasarkan undang-undang agar keadilan dapat ditegakkan.

“Malaysia juga menyeru kepada kepada semua negara untuk bekerjasama sepenuhnya terhadap siasatan yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) selaras dengan Resolusi UNSC 2166,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata penyiasatan dan perbicaraan untuk menuntut keadilan terhadap insiden ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja malah tidak boleh tunduk dengan desakan politik oleh mana-mana pihak atau negara.

“Hanya ketegasan undang-undang yang mampu mengadili perlakuan jahat oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan ini dan mengembalikan kehormatan terhadap mangsa korban serta saudara-mara mereka.

“Malaysia tetap tidak akan berputus asa dan terus komited untuk mencari pembelaan buat ahli keluarga dan orang tersayang. Ingatan dan doa kami akan sentiasa bersama mangsa dan orang yang mereka sayangi,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan barisan hakim dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat MH17 membenarkan permohonan peguam bela supaya pegawai penyiasat menyiasat kemungkinan penjelasan alternatif nahas terbabit.

Permohonan itu dibuat peguam bela mewakili bekas pegawai Spetznaz-GRU, Oleg Pulatov supaya hakim memeriksa testimoni saksi serta memeriksa senario lain yang berkemungkinan berlaku terhadap pesawat terbabit.

Ia termasuk teori kemungkinan pesawat awam itu ditembak secara tidak sengaja atau dijadikan perisai kepada pesawat tentera.

Pulatov, satu-satunya tertuduh yang diwakili peguam, manakala tiga lagi tertuduh iaitu bekas Kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB), Igor Girkin; bekas pegawai Agensi Perisikan Tentera agensi Tentera Russia (GRU), Sergey Dubinskiy dan Leonid Kharchenko dari Ukraine dibicarakan ‘in absentia’ (tanpa kehadiran di mahkamah).

Perbicaraan ditangguhkan sehingga 31 Ogos ini bagi memberi ruang kepada hakim mendengar kenyataan saksi tambahan dan memberi masa kepada peguam bela untuk bertemu Pulatov.

Semua tertuduh didakwa dengan kesalahan membunuh dan dengan sengaja serta tidak sah memusnahkan MH17 sehingga menyebabkan kematian 298 penumpang.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 dengan 298 penumpang serta anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di Ukraine.

Berikutan itu, Pasukan Siasatan Bersama (JIT) dibentuk dengan dianggotai penyiasat dan pendakwa dari Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.