19 JULAI: Cubaan dua individu cuba mencuri pelitup muka di Lapangan Terbang OR Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan mengundang padah apabila mereka mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.
Memetik laporan AFP, sekumpulan suspek memasuki kawasan kargo lapangan terbang berkenaan dan mengugut mangsa dengan pistol di salah sebuah gudang di sana.
“Kemudian berlaku insiden tembak menembak, yang menyebabkan dua suspek ditembak mati manakala tujuh yang lain ditahan.
“Seorang individu lain cedera akibat terkena peluru sesat manakala polis menemui pelitup muka yang dicuri dan tiga kotak mengandungi telefon bimbit,” katanya.
Pada masa ini, kes jangkitan COVID-19 di Afrika Selatan adalah yang tertinggi di benua Afrika dengan mencatatkan lebih 350,000 kes jangkitan dan hampir 5,000 kematian.
Negara itu juga mencatatkan kadar jenayah tertinggi di dunia.