nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Betulkah rakyat Sabah benci Shafie, tidak sayang Musa?

19 JULAI: Khabar angin sedang bertiup kencang mendakwa kerajaan negeri Sabah yang diketuai Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya menunggu masa untuk tumbang.

Melihat kepada perkembangan politik semasa di Sabah, tidak mustahil perkara itu akan berlaku.

Ketika ini, blok penyokong kerajaan yang dianggotai Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) serta diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyandang 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Daripada jumlah itu, lima orang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan dan difahamkan, sokongan mereka tidak diambil kira dalam pembentukan kerajaan negeri.

Baki 20 kerusi DUN lagi dikuasai oleh pembangkang yang terdiri dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Bersatu Sabah (GBS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan BEBAS.

Berdasarkan angka-angka tersebut, blok pembangkang Sabah memerlukan sekurang-kurangnya sokongan daripada 10 lagi ADUN bagi membolehkan mereka menumbangkan kerajaan negeri.

Terdapat kemungkinan yang agak besar ADUN yang kini dalam blok kerajaan meninggalkan Mohd Shafie untuk menyertai pembangkang atau menjadi wakil rakyat BEBAS.

Bukan rahsia lagi ramai rakyat Sabah kecewa dengan kelemahan pentadbiran Mohd Shafie dalam menjaga kebajikan mereka khususnya dari segi penyaluran bantuan COVID-19.

Akibatnya, ADUN-ADUN menerima tekanan yang hebat daripada rakyat sekali gus menyebabkan mereka bimbang tentang peluang masing-masing untuk kekal bergelar wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Maka, tidak menghairankan jika ada dalam kalangan mereka yang mempertimbangkan alternatif lain termasuk menjauhkan diri daripada Mohd Shafie yang semakin tidak popular dalam kalangan rakyat Sabah.

Pada masa yang sama, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman juga tidak begitu ‘disayangi’ oleh rakyat Sabah.

Ini sekali gus akan membuka ruang kepada pemimpin lain untuk menerajui pentadbiran negeri jika kerajaan pimpinan Shafie tumbang.

Sekiranya Warisan tumbang di Sabah, Mohd Shafie bukan sahaja kehilangan kuasa di peringkat negeri.

Peluang beliau untuk bergelar Perdana Menteri yang pertama dari Sabah seperti yang dicadangkan oleh DAP Sabah dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan lenyap dibawa ribut politik di Negeri Di Bawah Bayu itu. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.