19 JULAI: Seramai 3,125 ahli PKR Cabang Pitas di Sabah keluar parti beramai-ramai semalam dan menyokong Perikatan Nasional.
Bekas Pengerusi Biro Latihan dan Jentera Parti Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Seri Awah mengetuai kumpulan tersebut.
Beliau berkata, mereka mengambil tindakan itu setelah melihat hala tuju parti yang semakin tidak menentu khususnya di Sabah.
“Kami sebulat suara mengumumkan keluar parti. Hampir dua tahun menjalankan tugas sebagai Penyelaras DUN Pitas.
“Ahli-ahli yang telah dibawa masuk iaitu seramai 3,125 orang akan keluar parti bersama-sama.
“Kami akan menyokong penuh PN dan juga kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Selepas keluar PKR, mereka akan menggunakan platform Persatuan Jiwa Anak Pitas untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat untuk masyarakat setempat.