nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azhar tidak arah mahkamah tangguh bicara Najib

20 JULAI: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyatakan beliau tidak pernah mengarahkan mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes Ahli Parlimen BN Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Julai lalu.

Sebaliknya, beliau hanya menulis surat kepada kepada hakim untuk memohon pertimbangan agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menghadiri Dewan Rakyat kerana gilirannya untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dijadualkan pada jam 3.40 petang hari tersebut.

“Itu sahaja, saya tak arah apa-apa pun,” katanya bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PH Tanjong Malim, Chang Lih Kang tentang perkara itu selepas sesi soal jawab lisan hari ini berakhir.

Walau bagaimanapun, Lih Kang seolah-olah tidak berpuas hati dengan penjelasan Azhar dan terus membangkitkan isu tersebut.

Azhar mengingatkan Lih Kang bahawa permohonan itu adalah atas budi bicara beliau.

“Sebelum ini ada Ahli Parlimen diberi penangguhan kes untuk hadir ke Parlimen, kita tahu siapa,” jelasnya sebelum sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong disambung semula. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.