20 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada pukul 4 petang ini.
Perutusan tersebut bakal disiarkan secara langsung saluran-saluran televisyen RTM, Bernama, TV3 dan Astro Awani.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri menafikan pemakluman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada pukul 3 petang ini.
Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan hari ini mengesahkan makluman tersebut adalah berita palsu.
Sehubungan itu, tiada perutusan yang akan bersiaran melalui TV3, ntv7, 8TV dan TV9 mulai pukul 3 petang hari ini.
Pemakluman palsu tersebut mula tular dalam media sosial sejak awal pagi tadi. – Oleh HUSSAINI AMRAN