28 JULAI: Malaysia mengalu-alukan kedatangan syarikat-syarikat di seluruh dunia bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran alternatif dalam penyelarasan stategi untuk memasarkan produk mereka ke pasaran Amerika Syarikat dan negara lain dalam rantaian bekalan global
Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata syarikat asing melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) juga akan menerima pengecualian cukai istimewa yang memindah operasinya ke Malaysia sebagai pusat penghasilan produk bagi memenuhi keperluan.
Menurut beliau, pihaknya juga telah menubuhkan ‘Project Acceleration and Coordination Unit’ (PACU) dalam menyediakan khidmat fasiliti untuk projek pembesaran dan pelaburan semula yang dapat menggalakan pembesaran atau pelaburan semula oleh syarikat pengeluar global yang beroperasi di Malaysia bagi memenuhi keperluan import.
“Sehingga 31 Mei, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memberikan khidmat fasiliti kepada sejumlah 86 syarikat dari China dan pelbagai negara lain untuk penempatan semula ke Malaysia berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat dan China.
“Daripada jumlah itu, 32 projek dengan pelaburan berjumlah RM17.5 Bilion di mana 28 projek dengan pelaburan berjumlah RM8.36 bilion telah diluluskan dan empat projek dengan pelaburan bernila RM1.94 bilion sedang dalam proses penilaian.
“Meskipun isu atau perang perdagangan Amerika Syarika dengan China dan Pandemik Covid-19 telah menjejaskan rantaian bekalan global, kerajaan akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan Malaysia kekal sebagai lokasi yang mesra pelabur untuk menyokong pertumbuhan ekonomi jang masa panjang negara,” katanya katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliu berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bebas Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang menyatakan kejayaan kerajaan Malaysia menarik pelabur-pelabur dari China dan Jepun yang membuat keutusan untuk memindahkan operasi mereka keluar dari negara China akibat perang dagangan di antara Amerika-China serta pademik COVID-19.
Sementara itu, menjawab persoalan Ahli Parlimen Bersatu Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris berhubung usaha kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja terlatih tempatan untuk menarik pelabur ke negara kita, Bang Hong memberitahu pihaknya sentiasa bekerjasama dalam memastikan syarikat selesa melakukan pelaburan di negaa ini.
“Bagi menyediakan tenaga kerja yang mahir membantu pelabur dalam menyediakan persekitaran, kementerian sentiasa bekerjasama dengan kementerian lain prihatin dan juga berusaha ke arah itu bagi menyediakan tenaga kerja mahir yang diperlukan industri masuk ke Malaysia,” katanya.