29 JULAI: Vaksin dibangunkan firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna dilaporkan menunjukkan tindak balas yang kuat bagi mencegah COVID-19 dalam ujian pada hidung dan paru-paru monyet.
Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (AS) yang turut bekerjasama membangunkan vaksin terbabit, ini adalah kali pertama eksperimen vaksin COVID-19 diuji pada haiwan dan ia terbukti menghasilkan kawalan virus yang cepat di saluran udara.
“Vaksin COVID-19 yang mampu menghentikan virus di paru-paru akan mencegah penyakit daripada menjadi parah, sementara vaksin yang mencegahnya di hidung akan mengurangkan penularan,” katanya.
Vaksin Moderna dan vaksin yang dikembangkan bersama University of Oxford dan AstraZeneca kini sudah memasuki percubaan peringkat akhir ke atas manusia.
Sementara itu, Jurnal Perubatan New Zealand melaporkan, keberkesanan mencegah virus dengan menguji sampel itu pada hidung dianggap sangat penting sebagai langkah mencegah penyebaran virus antara manusia.
Bagaimanapun, hasil yang sama tidak diperoleh ketika vaksin University of Oxford diuji pada monyet, di mana walaupun vaksin itu mencegah virus memasuki paru-paru, ia mengakibatkan haiwan itu menderita kesakitan.
Dalam kajian haiwan Moderna, tiga kumpulan membabitkan lapan monyet menerima ‘placebo’ atau vaksin pada dua tahap dos yang berbeza, iaitu 10 mikrogram dan 100 mikrogram.
Semua monyet diberikan vaksin itu menghasilkan antibodi peneutralan yang tinggi bagi menyerang sebahagian virus COVID-19 lazimnya menyerang sel.
Monyet yang menerima rawatan vaksin itu didapati menghasilkan antibodi pada kadar lebih tinggi daripada pesakit COVID-19 manusia yang sudah sembuh.
Penulis jurnal itu melaporkan vaksin terbabit merangsang pengeluaran sel imun yang berbeza dikenali sel-T, dipercayai mungkin membantu meningkatkan keseluruhan tindak balas.
Namun, vaksin dalam peringkat pembangunan itu dikhuatiri boleh mengakibatkan sel semakin aktif dan bukannya melemahkan penyakit.
Bagaimanapun, vaksin yang dikatakan dapat membantu rawatan penyakit berkaitan pernafasan (VAERD) sebelum ini sudah dikaitkan dengan pengeluaran jenis T-sel tertentu yang dikenali sebagai Th2 dan disahkan tiada kesan memudaratkan.