nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid jamin pertahan semangat setiakawan PN

29 JULAI: Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan menangani keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd semalam dengan cara yang terbaik.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tetap mempertahankan semangat setiakawan bersama sekutu-sekutu dalam BN, Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Kejujuran, keikhlasan dalam perkongsian kuasa serta persahabatan tetap menjadi prinsip utama dan akan dipertahankan.

“Kita akan terus memberi penerangan kepada ahli-ahli mengenai kedudukan perkara sebenar berhubung kes ini,” katanya melalui kenyataan dalam laman Facebook beliau, malam ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu, partinya dan BN menganggap kes SRC International yang dikaitkan dengan Najib itu sebagai satu perkara yang perlu diberi penelitian dan perhatian serius.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menambah, penghakiman kes telah dibuat dan melalui proses perundangan dalam sistem kehakiman negara.

“Jelas sekali, UMNO/BN dan kerajaan PN tidak campur tangan dalam proses penghakiman,” katanya,

Ahmad Zahid berpandangan, apa yang dilalui Najib dalam kes ini belum berakhir kerana ruang mendapatkan keadilan dalam proses perundangan masih terbuka dan tiada siapa yang patut dihalang daripada memperoleh keadilan.

“Kita telah banyak menyaksikan dalam catatan perundangan dan politik di dalam atau luar negara mengenai kes-kes yang melibatkan orang politik di mahkamah. Ia bukanlah sesuatu yang di luar sensasi politik,” jelasnya.

Beliau memberitahu, dalam menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, penelitian perlu dibuat terhadap kemungkinan wujudnya kekhilafan dari sudut perundangan dan fakta.

“Proses pengadilan di Mahkamah Tinggi sudah selesai tetapi Datuk Seri Najib ada hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan dan hukuman,” ujarnya.

Ahmad Zahid menjelaskan, rayuan adalah hak setiap rakyat yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan negara.

“UMNO/BN akan memastikan proses mendapat keadilan di semua peringkat itu berjalan lancar dan benar-benar bebas serta adil tanpa wujudnya unsur-unsur campur tangan oleh mana-mana pihak,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.