30 JULAI: Undang-undang di Singapura nampaknya tidak memilih bulu bahkan cucu lelaki kepada mendiang Lee Kuan Yew pun tidak terlepas daripada dikenakan tindakan.
Memetik laporan AFP, Li Sheng Wu didenda S$15,000 (RM46,325) selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik badan kehakiman negara itu menerusi Facebook pada 2017.
Beliau yang juga kakitangan akademik Universiti Harvard, Amerika Syarikat turut diarahkan menjalani hukuman penjara selama seminggu jika gagal membayar denda tersebut.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Kanan Ramesh.
Menikut pertuduhan, Sheng Wu yang juga anak saudara Perdana Menteri, Lee Hsien Loong didakwa melakukan kesalahan itu menerusi satu hantaran dalam laman sosial berkenaan.
Beliau ialah anak sulung kepada eksekutif perniagaan, Lee Hsien Yang.
Hsien Yang dikatakan tidak bersependapat dengan abangnya, Hsien Loong berhubung harta peninggalan bapa mereka.