1 OGOS: Datuk Seri Ramlan Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 31 Julai 2020.
Menurut kenyataan SPR, perkara tersebut telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai Ahli SPR,” kata SPR dalam satu kenyataan, hari ini
Ramlan yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dilantik sebagai Ahli SPR pada Februari tahun lalu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH