nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Termometer infra merah selamat, namun hanya berdaftar dibenarkan

3 OGOS: Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggunaan termometer infra merah yang tidak berdaftar atau tidak mendapatkan kebenaran akses dalam pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, sebanyak 64 jenama termometer infra merah telah didaftarkan dan menerima kebenaran untuk diimport dan dibekalkan ke Malaysia.

Katanya, berikutan wabak COVID-19, sebanyak tujuh lagi jenama termometer infra merah diberikan kebenaran melalui laluan akses khas bagi memenuhi keperluan semasa.

“Termometer, termasuk termometer inframerah tanpa sentuh, digunakan untuk menentukan suhu tubuh manusia adalah termasuk dalam definisi “peranti perubatan” dan tertakluk kepada keperluan pendaftaran di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“KKM sedar tentang terdapatnya termometer infra merah yang tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran.

“Adalah diingatkan bahawa KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana perlanggaran undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 737,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, kajian yang dilaksanakan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer infra merah untuk mengukur suhu di dahi.

“Pengukuran suhu badan dengan termometer infra merah biasanya dilakukan sama ada di permukaan kulit dahi atau di membran timpanik. Walaupun bacaan suhu di membran timpanik lebih tepat tetapi kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah untuk saringan populasi.

“Terdapat juga kajian yang telah dilakukan untuk pengukuran suhu di pergelangan tangan. Walau bagaimanapun, bukti saintifik yang ada pada masa ini, tidak dapat memastikan ketepatan bacaannya,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai pelbagai dakwaan yang tular di media sosial berhubung keselamatan penggunaan termometer infra merah, Noor Hisham berkata, termometer itu bukanlah alat penembak dan tidak memancarkan radiasi.

“Ia direka bentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik. Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan.

“Oleh kerana termometer infra merah tidak memancarkan radiasi berbahaya, ianya selamat untuk digunakan,” tegasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.