5 OGOS: Laporan awal daripada perwakilan Malaysia di Beirut menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia di negara berkenaan selamat.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka telah dinasihatkan agar kekal berada di rumah masing-masing.
“Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat Lebanon yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini.
“Insya-Allah, Malaysia akan bantu apa sahaja yang terdaya,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN