Hisham mohon maaf hisap vape di Dewan Rakyat
6 OGOS: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat permohonan maaf kepada Dewan Rakyat selepas video beliau menghisap vape semasa persidangan tular di media sosial.
“Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.
“Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi,” ciapnya di Twitter sebentar tadi.
Terdahulu, seorang netizen berkongsi sebuah klip video selama 9 saat di Twitter menunjukkan Ahli Parlimen Sembrong menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon berkata beliau akan meneliti gesaan ahli parlimen pembangkang yang mahu Hishamuddin dan membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat.
Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab gesaan Ahli Parlimen PH Kluang Wong Shu Qi.
Sebelum ini tular foto bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjamah makanan di dalam Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu.
Tindakan Ahli Parlimen Muar itu turut dikecam netizen namun tidak ada permohonan maaf daripadanya.
Beliau turut mengulangi perbuatan sama hari ini dan memuatkan gambar di Twitter miliknya.