nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sufazrin mengaku bersalah hina Agong

6 OGOS: Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui Twitter, Mac lalu.

Memetik laporan BERNAMA, Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. M Edwin Paramjothy yang kemudiannya menetapkan tarikh menjatuhkan hukuman pada 27 Ogos ini.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Sufazrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil ‘Fazrin Ismail’ atau ‘@Fazr_Ismail’.

Dia dituduh membuat empat hantaran dengan penyataan yang berbeza terhadap Yang di-Pertuan Agong antara pukul 1.56 tengah hari dan 10.29 malam, pada 23 Mac dan 25 Mac lepas.

Kesemua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada pukul 7 malam, 28 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaludin memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira hantaran OKS itu berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

“OKS sebagai rakyat Malaysia seharusnya taat setia kepada raja dan negara. Saya mohon hukuman berbentuk pengajaran supaya masyarakat tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Sufazrin Amin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia berasal dari keluarga susah dan ibunya bekerja sebagai penoreh getah.

“Saya telah insaf dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana hantaran saya itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

“Saya berjanji tidak akan mengaibkan atau menghina mana-mana pihak lagi,” katanya dalam nada sebak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.