7 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan akan menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa Exco kerajaan negeri itu hari ini berhubung skandal rasuah terowong dasar laut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi PNBBC Portal menafikan khabar angin tentang perkara tersebut.
“Mana kamu dengar mengenai perkara itu? Itu semua tidak betul,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Spekulasi berhubung tangkapan itu mula berlegar selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ditahan oleh SPRM semalam. – Oleh HAIKA KHAZI