nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kesalahan karaoke antara 182 kes ingkar PKPP

12 OGOS: Seramai 182 individu ditahan polis semalam atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk kesalahan aktiviti karaoke tanpa lesen.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 18 individu telah direman, dua individu dijamin dan 162 lagi individu pula dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti karaoke tanpa lesen (11), aktiviti yang tidak mengikuti SOP (36), tidak memakai pelitup muka (17) dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (100) serta melanggar perintah kuarantin (dua),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 10 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan semalam menerusi Operasi Benteng.

Katanya, 70 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dilakukan di seluruh negara dan memeriksa 33,335 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya.

Tambah Ismail Sabri, dua individu diambil tindakan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kuarantin di rumah semalam.

Katanya, polis telah melakukan 1,559 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” jelasnya.

Dalam kenyataan itu, Ismail Sabri memaklumkan pegawai penguat kuasa kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) telah melakukan 1,388 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,380 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala lapan premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP.

“Dalam tempoh PKPP ini, Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.