13 OGOS: Prosiding perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dilapangkan hari ini.
Hakim Collin Lawrence Sequerah bersetuju dengan permohonan pasukan peguambela supaya perbicaraan disambung esok.
Prosiding terpaksa dilapangkan apabila ketua pasukan pembelaan, Hisham Teh Poh Teik masih belum selesai dengan perbicaraan kes lain di Mahkamah Persekutuan.