nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keterangan saksi pendakwaan kes Zahid mengelirukan

14 OGOS: Muralidharan Balan Pilai, saksi pendakwaan ke-87 perbicaraan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi keterangan yang tidak konsisten dan mengelirukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Malah beliau juga tidak bersetuju dengan keterangan dua orang saksi sebelum ini yang mengatakan wang yang didermakan adalah untuk Yayasan Akalbudi.

Ketika disoal balas oleh peguam Hisham Teh Poh Teik, Muralidharan, salah seorang rakan kongsi Tetuan Lewis & Co mengatakan firmanya bukan pemegang amanah Yayasan Akalbudi dan Ahmad Zahid pula bukan anak guamnya.

Bagaimanapun pada masa sama dia mengakui mempunyai dua fail di atas nama Yayasan Akalbudi dan Ahmad Zahid yang merekodkan segala transaksi yang kemudiannya telah diperiksa oleh firmanya dan juruaudit luar.

Ahmad Zahid menghadapi pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.

Menjawab soalan Hisham, Muralidharan berkata dia tidak pernah berasa ragu dengan transaksi yang direkodkan dalam fail-fail merah yang disebutkan.

Muralidharan bersetuju dengan cadangan Hisham bahawa Yayasan Al-Falah dan Yayasan Akal Budi adalah dua entiti berbeza.

Muralidharan memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid tidak ada kena mengena dengan Al Falah. Malah pemegang amanah Al Falah ialah Datuk Seri Nasaie, Mohd Farid dan Faisaluddin.

Hisham mencadangkan, memandangkan Ahmad Zahid tidak ada kena mengena dengan Yayasan Al Falah dan namanya tidak ada dalam dokumen, beliau boleh dianggap sebagai orang asing dan tidak ada kuasa memberi arahan kepadanya berhubung soal wang.

Muralidharan tidak bersetuju.

Muralidharan mengakui tidak mempunyai sebarang surat untuk membuktikan bahawa Ahmad Zahid mengarahkannya untuk membuka satu fail di bawah nama Al-Falah.

Menjawab soalan Hisham, Muralidharan berkata selama dua tahun (2014-2016) beliau tidak nampak sesuatu yang pelik apabila cek-cek dari orang asing dimasukkan ke akaun anak guamnya dan tidak pernah mengeluarkan resit bagi penerimaan RM77 juta tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Muralidharan mengakui Al-Falah adalah anak guamnya tetapi beliau tidak mempunyai sebarang perjanjian persefahaman, surat, dokumen atau waran untuk bertindak sebagai peguam Al-Falah.

Muralidharan bersetuju dengan cadangan Hisham bahawa ketika Ahmad Zahid menyuruh meletakkan duit dalam Al-Falah, Datuk Seri Nasaie tahu mengenainya.

Tetapi apabila Hisham bertanya sama ada dia mempunyai surat untuk menyokong kenyataan itu, Muralidharan mengatakan dia tidak ada.

Muralidharan tidak bersetuju dengan cadangan Hisham bahawa semua wang yang direkodkan dalam fail merah adalah kepunyaan Yayasan Akalbudi.

Muralidharan juga tidak bersetuju dengan keterangan saksi pendakwaan ke-11 bahawa wang yang didermakan adalah kepunyaan Yayasan Akalbudi.

Muralidharan juga tidak bersetuju dengan keterangan saksi pendakwaan ke-81 bahawa beberapa keping cek kepunyaan Ekares Sdn Bhd adalah untuk Yayasan Akalbudi. Malah dia berkata ia sepatutnya kepunyaan Al Falah.

Hisham: Kita menyaksikan satu demi satu penyumbang yang memberikan keterangan di mahkamah mengatakan mereka menyumbang untuk Yayasan Akalbudi. Adakah awak bersedia mengubah keterangan?

Muralidharan: Tidak.

Perbicaraan ditangguhkan ke 24 Ogos. – Oleh NOOR HASILAH ISMAIL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.