14 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana disyaki terlibat dalam sindiket melindungi premis-premis perniagaan haram dan pusat perjudian.
Penahanan ke atas pegawai berusia 59 tahun itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.
Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. – Oleh HAIKA KHAZI