17 OGOS: Dewan Rakyat menerima usul untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi menurunkan kadar kompaun kepada kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan sesak.
Usul itu dibentangkan Ahli Parlimen PH Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mengikut peraturan 18(1) yang dikemuka kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, usul diterima selepas ia memenuhi tiga kriteria utama iaitu bersifat tertentu, membabitkan kepentingan awam dan berkehendakkan ia disegerakan.
“Saya meneliti dan mendapati perkara ini tertentu, membabitkan keputusan orang ramai dan berkehendakkan disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan.
“Oleh demikian saya membenarkan usul ini dibahaskaan mengikut peraturan mesyuarat 16(6). Usul akan dibahaskan pada hari ini jam 2.30 petang di kamar khas,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Kelvin ketika membentangkan usul itu memaklumkan kadar denda RM1,000 yang dikenakan ketika ini tinggi dan membebankan terutama bagi rakyat tidak berkemampuan serta pelajar. – Oleh HAIKA KHAZI