23 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi penggal 2019-2022.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan BERSATU, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau turut mengumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Presiden BERSATU.
Muhyiddin dan Ahmad Faizal merupakan calon tunggal yang bertanding bagi kedua-dua jawatan berkenaan untuk penggal ini, manakala jawatan bagi pengerusi parti tidak ditandingi oleh mana-mana individu.
Tiga Naib Presiden BERSATU yang dipilih ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU dibuat oleh 23,438 perwakilan yang mengundi semalam pada persidangan tahunan parti itu yang diadakan di 177 bahagian di seluruh negara.
Syed Hamid berkata buat julung-julung kalinya, bahagian-bahagian BERSATU di seluruh negara mengadakan persidangan secara serentak, semalam.
“Daripada 179 bahagian yang layak bersidang, 177 bahagian berjaya mengadakan persidangan, manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” katanya.
Keputusan penuh pemilihan MPT BERSATU bagi penggal 2019-2022 adalah seperti berikut: