24 OGOS: Parti Cinta Sabah (PCS) tidak akan berpakat dan bergabung dengan mana mana parti untuk tujuan pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.
Presidennya Datuk Seri Anifah Aman berkata, PCS akan bertanding sebanyak mana kerusi untuk membentuk kerajaan.
Dalam kenyataan menerusi Facebook beliau, Anifah mengulang dan menegaskan sekali lagi dasar perjuangan PCS untuk pilihan raya Sabah akan datang.
“Kami tidak berpakat dan bergabung dengan mana mana parti untuk tujuan pilihan raya negeri dan akan bertanding sebanyak mana kerusi untuk membentuk kerajaan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memikirkan dan menginginkan PCS namun kami tetap dengan pendirian kami,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata gabungan itu sedang berunding dengan PCS untuk membentuk suatu gabungan pada PRN Sabah.
Antaranya, dengan PCS, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Liberal Demokratik (LDP), dan Parti Maju Sabah (SAPP).