nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

LHDN gagal dapat penghakiman terus kes anak Najib

26 OGOS: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gagal dalam usaha mendapatkan penghakiman terus terhadap saman bagi mendapatkan kembali RM10.3 juta cukai tertunggak daripada anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN, dengan memutuskan bahawa pegawai LHDN yang mengemukakan afidavit bagi menyokong permohonan kerajaan, tidak menyatakan dalam afidavit bahawa beliau percaya defendan (Nooryana Najwa) ‘tidak mempunyai pembelaan’ terhadap tuntutan kerajaan untuk cukai yang perlu dibayar.

Berdasarkan laporan Bernama, hakim juga mendapati sijil yang dikemukakan oleh kerajaan sebagai bukti amaun cukai tertunggak dan perlu dibayar itu, tidak ditandatangani oleh ketua pengarah LHDN, yang diperlukan di bawah Seksyen 142 Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Tidak ada bukti di hadapan mahkamah ini bahawa orang yang menandatangani sijil itu adalah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan sebarang tugas ketua pengarah “dalam bentuk tulisan tangan” selaras dengan Seksyen 136 (5) Akta berkenaan, bagi menandatangani sijil itu bagi pihaknya.

“Sijil yang ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah LHDN, Cawangan Guaman Kuala Lumpur, tanpa sebarang bukti bahawa beliau dilantik bagi melaksanakan sebarang tanggungjawab ketua pengarah di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, atau diberi kuasa dalam bentuk tulisan tangan bagi menandatangani sijil itu bagi pihaknya, adalah bukti yang tidak mencukupi mengenai amaun cukai tertunggak. Sijil itu juga tidak cukup bagi mahkamah ini untuk memberi penghakiman mengenai cukai tertunggak dan perlu dibayar defendan,” katanya.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan mengenai satu kes tanpa mendengar keterangan saksi.

Hakim Faizah bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan mahkamah menolak permohonan kerajaan untuk penghakiman terus bukanlah satu keputusan mengenai merit tuntutan plaintif terhadap cukai tertunggak yang perlu dibayar oleh defendan pada tahun 2011 hingga 2017.

“Ia juga bukan satu keputusan terhadap merit tuntutan defendan bahawa taksiran cukai adalah tidak berasas dan/atau taksiran yang tidak betul.

“Ketepatan taksiran cukai dan merit pembelaan defendan adalah persoalan mengenai fakta yang akan ditentukan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada pendengaran rayuan defendan terhadap taksiran itu,” katanya.

Mahkamah menetapkan 8 September untuk pengurusan kes bagi LHDN mengemas kini mahkamah, sama ada untuk merayu terhadap keputusan itu atau sebaliknya.

Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN manakala Nooryana Najwa diwakili oleh Wee Yeong Kang dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

Pada 24 Julai lepas kerajaan Malaysia sebagai plaintif menfailkan saman dan pernyataan tuntutan menerusi LHDN, dengan menamakan Nooryana Najwa, 32, sebagai defendan.

Menurut kenyataan tuntutan, plaintif mendakwa Nooryana Najwa gagal menyerahkan Borang Nyata Cukai Pendapatan Individu kepada LHDN di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2017.

LHDN menegaskan bahawa sehingga hari ini, defendan tidak membayar amaun cukai pendapatan yang perlu dibayar, termasuk peningkatan, yang menjangkau jumlah RM10,335,292.36.

Plaintif menuntut defendan sejumlah RM10,335,292.36, faedah berjumlah RM10,335,292.36 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman kepada tarikh pelaksanaan, kos, dan lain-lain bayaran yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.