28 OGOS: PAS tetap mempertahankan pendiriannya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan kerajaan pintu belakang sebagaimana dakwaan banyak pihak.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang sah mengikut proses demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya rasa (kerajaan) pintu belakang itu (adalah kerajaan) Sabah, tidakkah yang menang dahulunya tak silap saya Barisan Nasional (BN) di Sabah, kemudian berlaku beli wakil rakyat, jatuh kerajaan dan buat kerajaan.
“Yang itu, munasabah pintu belakang, di sini (PN) tidak timbul beli-beli (wakil rakyat),” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.