nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN menang majoriti besar di PRK Slim

29 OGOS: Seperti dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz menang besar dengan memperoleh sebanyak 13,060 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Beliau mengatasi pencabar terdekatnya iaitu calon Bebas, Amir Kusyairi Mohamad Tanusi dengan majoriti 10,945 undi.

Amir Khusyairi yang menggunakan logo pokok menerima 2,115 undi manakala seorang lagi calon Bebas, S. Santhasekaran hanya beroleh sebanyak 276 undi, sekali gus menyebabkannya kehilangan wang deposit.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil PRK DUN Slim, Shamsul Ridzuan Idris di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, Slim River pada jam 9 malam.

Sebanyak 68.4 peratus daripada 23,094 pemilih berdaftar di DUN Slim menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat yang baharu sebelum proses pengundian ditutup pada pukul 5.30 petang.

Dengan kemenangan itu, Mohd Zaidi berjaya mengekalkan kerusi yang dianggap kubu kuat BN itu.

Penyertaan Amir Khusyairi dalam PRK itu mewakili kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai lalu.

Allahyarham Mohd Khusairi memenangi DUN Slim semasa PRU11 pada 2004 dengan majoriti 4,875, PRU12 (majoriti 3,526), PRU13 (majoriti 3,853) dan PRU14 (majoriti 2,183).

Uniknya pada PRK DUN Slim ini, ketiga-tiga calon bukan pengundi berdaftar di DUN Slim. Mohd Zaidi dan Santharasekaran adalah pengundi di DUN Behrang, jiran kepada DUN Slim dalam Parlimen Tanjung Malim.

Selain DUN Slim dan Behrang, satu lagi DUN yang terletak dibawah Parlimen Tanjung Malim adalah DUN Sungkai.

Mohd Zaidi yang merupakan ahli perniagaan juga dikenali sebagai seorang aktivis belia yang aktif sejak menuntut di Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidnag pengajian Islam.

PRK DUN Slim adalah pilihan raya kecil kedua yang diadakan dalam situasi negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Situasi tersebut menyebabkan kempen dan proses pengundian dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Selain itu, PRK DUN Slim juga merupakan PRK kedua yang disertai Perikatan Nasional (PN) setelah membentuk kerajaan pada Mac lalu.

PRK DUN Slim ini juga menyaksikan penglibatan pimpinan parti-parti pendokong Perikatan Nasional (PN) membantu kempen calon BN.

Sebelum ini, gabungan itu memperoleh kemenangan besar dalam PRK DUN Chini hingga dua pencabar lain hilang wang deposit. – Oleh HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.