30 OGOS: Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) sedang menjalankan kaji selidik berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) secara dalam talian.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif itu membolehkan kerajaan terus mendengar kehendak rakyat serta memastikan bantuan disalurkan secara tepat dan bersasar.
“Saya berharap semua rakyat dan peniaga mengambil bahagian dalam usaha ini,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.laksanasurvey.org/index.php/957277?lang=ms&LS=PR27 atau https://www.treasury.gov.my.