nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM seru rakyat bersatu kekal nikmat kemerdekaan

30 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan bahawa kemerdekaan adalah satu nikmat besar yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang.

Berikutan itu Muhyiddin berkata seluruh rakyat Malaysia perlulah bersatu padu dan bekerjasama bagi mengekalkan kemerdekaan, kedaulatan dan keamanan serta kesejahteraan dinikmati sekarang kekal sampai bila-bila.

“Seperti mana yang disebut oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam pemasyhuran kemerdekaan di sini 63 tahun yang lalu, negara kita ini hendaklah kekal merdeka dan berdaulat, dan seluruh rakyatnya aman, sejahtera dan sentosa selama-lamanya.

“Inilah amanah besar yang mesti dipikul oleh saya dan saudara saudari semua. Kita mesti kekalkan kemerdekaan negara kita.

“Kita mesti pertahankan kedaulatan negara kita. Kita mesti pelihara keamanan negara kita. Kita mesti tegakkan keadilan dan pelihara kebebasan rakyat. Kita mesti pastikan seluruh warga tanah air tercinta ini sejahtera dan sentosa selama-lamanya.

“Alhamdulillah, kita telah menempa kejayaan dan kemajuan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Dari sebuah negara yang mundur suatu ketika dahulu, kita telah menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 esok.

Mengulas lanjut, Muhyiddin bkerkata rakyat negara ini juga harus bersyukur kerana Malaysia kekal aman dan damai dengan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Dari Perlis hingga ke Sabah, tidak kira Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Bajau, Iban, Murut, Melanau, Siam, orang asal, kita bersatu hati dan berbanggamenjadi rakyat Malaysia. Ini adalah pencapaian kita, pencapaian saudara dan saudari semua.

“Namun, cabaran yang kita hadapi juga amat besar. Negara kita mesti terus dibangunkan untuk menjadi sebuah negara maju yang hasil kemajuannya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat secara nyata.

“Kemajuan yang saya maksudkan bukan hanya dari segi angka-angka pertumbuhan ekonomi, indeks bursa saham, jumlah pelaburan langsung asing dan domestik, tetapi sumber pendapatan dan kualiti hidup setiap seorang daripada saudara-saudari sekalian,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata angka pertumbuhan ekonomi hanya akan bermakna apabila rakyat mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi, kediaman yang selesa, pendidikan yang sempurna, kesihatan yang baik, alam sekitar yang lestari dan keselamatan yang sentiasa terpelihara untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan sejahtera.

Muhyddin berkata beliau sedar bahawa tidak semua rakyat di negara ini bernasib baik dan ada yang terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menyara kehidupankeluarga.

Beliau berkata ramai yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan sekiranya terputus mata pencarian.

“Mungkin ada yang boleh bertahan selama sebulan atau dua bulan. Tetapi, lebih daripada itu mereka terpaksa berhutang dan bergolok bergadai untuk hidup.

“Saya sedar tentang perkara ini. Kerana itu, ketika wabak COVID 19 mula melanda negara dan sektor-sektor ekonomi ditutup, perkara pertama yang dilakukan oleh kerajaan ialah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.

“Kita sediakan Bantuan Prihatin Nasional, morotarium bayaran pinjaman bank, bantuan kemudahan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana, subsidi upah dan lain-lain bentuk bantuan berjumlah RM260 bilion keseluruhannya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau bersyukur kerana pelbagai bantuan yang disediakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat di waktu susah.

“Namun, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, saya diberitahu oleh Gabenor Bank Negara, Malaysia kerugian RM2.4 bilion sehari dan ekonomi negara kita akan runtuh jika sektor-sektor ekonomi tidak dibuka semula dengan kadar segera.

“Saya amat risau dengan keadaan itu. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ramai yang akan kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Kesannya amat buruk kepada saudara saudari sekalian,” katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berkata kerajaan memutuskan untuk membuka semula sektorsektor ekonomi negara secara bertahap.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA yang berjumlah RM35 bilion bagi membantu memulihkan ekonomi negara.

“Alhamdulillah, hari ini sektor-sektor ekonomi negara kita telah mula rancak dengan lebih 15 juta pekerja telah kembali bekerja. Kadar pengangguran mengalami trend pengurangan daripada 5.3 peratus pada bulan Mei 2020 kepada 4.9 peratus pada bulan Jun.

“Saya sedar banyak sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. Tetapi saya yakin, sekiranya trend pemulihan ekonomi berterusan ekonomi negara kita akan pulih lebih cepat,”katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.