30 OGOS: Pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan dekri semalam bagi memansuhkan undang-undang yang menyekat rakyat dan institusi di negara itu daripada menjalinkan hubungan dengan rejim Zionis Israel.
Memetik laporan agensi berita WAM yang dimilik kerajaan UAE, dekri itu juga mengakhiri boikot terhadap negara haram itu.
Baru-baru ini UAE dan Israel menandatangani perjanjian yang ditaja Amerika Syarikat (AS) bagi memperbaiki hubungan antara entiti terbabit dengan segera.
WAM mendakwa, langkah itu diambil berikut arahan Khalifa bin Zayed al-Nahyan.
Perintah terbaharu itu membenarkan firma-firma UAE menjalinkan hubungan perniagaan dengan syarikat-syarikat Israel dalam semu bidang termasuk teknologi dan pendidikan.