3 SEPT: Tiga kanak-kanak Palestin meninggal dunia dalam insiden kebakaran di rumah mereka di kem Nuseirat di Gaza, kelmarin.
Memetik laporan Palestinian Information Center, kanak-kanak terbabit iaitu Muhammad, Mahmoud dan Youssef yang berumur antara 4 hingga 6 tahun rentung selepas rumah mereka terbakar.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebatang lilin yang dinyalakan bapa mereka kerana rumah itu tiada bekalan elektrik.
Mayat ketiga-tiga adik beradik itu dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa di tengah Gaza.
Masalah bekalan elektrik sering berlaku di Gaza ekoran sekatan yang dikuatkuasakan oleh rejim Zionis Israel sejak 14 tahun lalu.
Bekalan elektrik kebiasaannya terputus selama 16 jam sehari sekali gus menyebabkan penduduk Gaza terpaksa menggunakan lilin untuk menerangi rumah mereka pada waktu malam.