nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kertas siasatan menteri langgar kuarantin hampir siap

4 SEPT: Polis akan menyerahkan kertas siasatan melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, selewat-lewatnya minggu depan berhubung kegagalan menteri itu mematuhi kuarantin wajib di rumah, selepas pulang dari Turki, Julai lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan tersebut hampir siap dan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara, untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan hampir selesai dan kita sudah mengambil keterangan daripada beliau sebelum ini. Selewat-lewatnya kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Mior Faridalathrash berkata, pada 27 Ogos lepas pihaknya telah mengambil keterangan Mohd Khairuddin dan beberapa saksi, berhubung kes ingkar kuarantin tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Khairuddin dan tiga ahli keluarganya telah memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, isu mengenai Ahli Parlimen Kuala Nerus itu telah diserahkan kepada polis untuk disiasat.

Mohd Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lepas atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilaporkan, mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin, yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.