10 SEPT: DAP nampaknya tidak berani bertanding menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.
Sebaliknya, parti yang didominasi kaum Cina itu akan menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan).
Perkara iu disahkan oleh pemangku Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon dalam kenyataan media.
Beliau memberi alasan bahawa langkah itu dilakukan untuk melambangkan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan parti gabungan Warisan Plus.
“Walaupun kami agak sedih untuk tidak menggunakan lambang parti iaitu roket dan sebaliknya menggunakan lambang Warisan tetapi ini adalah tindakan yang betul,” katanya.
Warisan Plus terdiri daripada Parti Warisan Sabah, PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Pada masa ini, DAP terpalit dengan skandal rasuah terowong dasar laut dan salah guna kuasa melibatkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
DAP Sabah turut dilanda krisis selepas salah seorang bekas pemimpinnya, Ronnie Loh menyertai kumpulan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.