nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM lawat Melaka, janji terus bantu pelancongan

14 SEPT: Pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan berusaha dan meneruskan inisiatif pelancongan untuk memulihkan sektor tersebut dalam tempoh pasca COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemulihan sektor pelancongan yang terkesan akibat wabak COVID-19 pastinya akan membantu merancakkan kembali ekonomi negara.

Muhyiddin yang melakukan lawatan ke Melaka hari ini turut mendoakan agar sektor pelancongan di negeri Hang Tuah yang terkenal mempunyai pelbagai destinasi menarik pulih kembali.

“Saya berdoa agar sektor pelancongan di Melaka dan seluruh negara, akan pulih pasca COVID-19 ini.

“Pihak kerajaan akan terus berusaha dan meneruskan inisiatif pelancongan untuk memulihkan dan seterusnya merancakkan kembali ekonomi negara.

“Moga Allah SWT merahmati dan memberkati segala usaha yang kami lakukan. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri turut berkongsi gambar-gambar beliau ketika menyantuni para peniaga dan pengunjung Pahlawan Walk di Bandar Hilir yang terkenal sebagai pusat jualan makanan tradisional, kraf dan cederamata Melaka.

Beliau yang ditemani Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kemudiannya menikmati asam pedas sebagai juadah tengah hari di Medan Selera Asam Pedas Jr yang terletak di pusat jualan tersebut.

Berkongsi cerita kecekalan pengusaha Asam Pedas Jr, Khairul Md Noor, 35, di Facebooknya, Muhyiddin berkata, beliau kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan usahawan berkenaan dalam menguruskan kedai makanan tersebut sejak 15 tahun lalu sehingga turut mendapat tempat dalam kalangan pelancong.

“Encik Khairul yang terlibat dalam kemalangan pada 2008 sehingga terpaksa bertongkat dan bergelar OKU tetap cekal menguruskan kedai makannya.

“Dari hanya sebuah kios kecil, beliau kini memiliki restoran, ladang ternak lembu di Jasin dan Alai, kedua duanya di Melaka, sebuah agensi pengurusan umrah dan kilang memproses hasil ikan untuk dibuat pes asam pedas dan sebuah kedai gambar.

“Beliau mengusahakan pes asam pedas yang dipasarkan di sekitar Melaka dan negeri-negeri lain. Ini menunjukkan jika kita rajin berusaha dan tabah menghadapi segala rintangan, insya-Allah kita akan berjaya. Syabas Encik Khairul! Syabas juga kepada peniaga lain di luar sana yang tabah mengharungi dugaan,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur bila melihat sendiri ramai pelawat mengunjungi bazar Pahlawan Walk yang menjual pelbagai jenis barangan tradisional dan moden, kraftangan serta cenderahati.

“Daripada baju, terompah, tudung saji hingga barangan dapur dan makanan popular tempatan seperti belacan, cencaluk, gula Melaka, buah keranji, dodol panas dan lain-lain lagi, semuanya ada.

“Kepelbagaian barangan yang dijual di bazar ini pastinya menjadi daya tarikan bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah pelancong yang datang ke negeri Hang Tuah ini,” jelasnya.

Menurutnya, kunjungannya ke bazar tersebut yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di hotel berdekatan pada sebelah pagi.

“Ini adalah kali pertama mesyuarat majlis ini diadakan di luar Putrajaya, pasca COVID-19,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.