nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kebocoran ekzos, tiga rakan maut terhidu gas beracun

17 SEPT: Tiga rakan karib maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat keracunan karbon monoksida, selepas mereka tertidur dalam kereta sewaktu berehat di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Seberang Perai malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.40 pagi tadi.

Tiga yang meninggal dunia dalam kejadian itu dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, dan Nor Adilah Mohd Safwan, manakala yang sedang dirawat adalah Nor Aqilah, yang merupakan kembar kepada Nor Adilah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati keempat-empat rakan baik berumur 21 tahun itu telah pergi ke Pulau Jerejak, dekat sini sempena cuti umum Hari Malaysia semalam.

Katanya, difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah, apabila mengambil keputusan untuk berhenti rehat di kawasan parkir berkenaan.

“Mereka yang menaiki kereta jenis Honda Odyssey berhenti di stesen minyak di kawasan Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara untuk berehat, namun mereka dipercayai tertidur sehingga masing-masing tidak sedarkan diri dan mengalami keracunan karbon monoksida,” katanya hari ini.

Katanya, menurut ibu kepada Ayuni, anaknya menghantar mesej kepada beliau pada pukul 9.15 malam tadi memaklumkan berada di stesen minyak itu untuk berehat sebentar, namun sehingga pukul 11 malam tadi Ayuni tidak pulang ke rumah di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, menyebabkan dia mulai bimbang.

Shafee berkata, bapa Ayuni telah pergi ke stesen minyak itu untuk mencari anaknya sebelum menemui kereta dinaiki mereka, namun empat rakan baik itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan enjin kenderaan masih hidup, manakala pintu dan tingkap tertutup.

Katanya sebaik sahaja ambulans tiba di lokasi pada pukul 1 pagi, Sharifah Fariesha Syed Fathi yang merupakan penumpang hadapan didapati telah meninggal dunia, manakala Ayuni Shazwanie dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan Nor Adilah pula meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Angkatan Tentera Lumut, di Perak, pada kira-kira pukul 4.23 petang.

Nor Aqilah pula kini dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur, dan menurut Shafee pasangan kembar itu dibawa ke dua hospital berkenaan kerana kemudahan di sana mempunyai mesin untuk rawatan keracunan karbon monoksida.

Shafee berkata, seorang juruteknik yang membuat pemeriksaan awal ke atas kereta Honda Odyssey berkenaan mengesyaki kemungkinan ada kebocoran di bahagian ekzos kereta itu kerana semasa pemeriksaan, ekzos berkenaan mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

Sementara itu, ibu saudara kepada Sharifah Fariesha yang ditemui di bilik mayat HSJ, Nor Jamilah Ahmad berkata, anak saudaranya itu merupakan anak tunggal kepada kakak dan abang iparnya malah beliau sangat rapat dengan arwah yang dipanggil Fariesha itu.

“Mereka (empat orang) memang rakan baik dan baru habis belajar di sebuah kolej swasta di Batu Caves, Selangor dalam bidang kejururawatan, Fariesha baru bekerja di sebuah klinik swasta dan arwah sangat teruja untuk keluar bersama tiga kawannya itu semalam kerana mahu berjalan-jalan di Pantai Jerejak,” ujarnya.

Menurutnya jenazah anak saudaranya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang selepas solat Asar hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.