18 SEPT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen bermula tengah malam ini.
Selain itu, harga diesel bagi tempoh esok hingga 25 September ini juga turun sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan, harga RON97 turun daripada RM1.96 seliter kepada RM1.93 seliter manakala bagi RON95, harga turun daripada RM1.66 seliter kepada RM1.63 seliter.
“Penurunan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Harga runcit produk petroleum ini bagi tempoh 19 sehingga 25 September 2020,” katanya.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.