21 SEPT: Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia pada jam 6.20 pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak beliau, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dalam satu kenyataan, hari ini.
“Mohon doakan keampunan Allah pada beliau, dipermudahkan perjalanan di alam barzah dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.
“Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.
Wan Abdul Hakim turut memberitahu, butiran lanjut tentang urusan pengebumian Wan Mokhtar, 88, akan dimaklumkan kemudian.