22 SEPT: Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu seorang bayi yang menghidap penyakit neuromuskular.
Agensi Anadolu melaporkan, bayi lelaki berusia 11 bulan bernama Metehan Fidan itu perlu menjalani terapi gen ‘Zolsgensma’ untuk pulih dari penyakit berkenaan.
Kos rawatannya dianggarkan sebanyak AS$2.1 juta.
“Saya mahu menggunakan akaun Twitter saya untuk membantu Metehan. Metehan didiagnosis dengan ‘Spinal Muscular Atrophy’ – gangguan genetik.
“Dengan sumbangan anda dan ciapan semula (RT) anda, kita dapat bersama membantu menyelamatkannya,” kata Ozil dalam ciapan Twitter miliknya, semalam.
Sumbangan boleh dibuat melalui pautan www.metehansmajourney.co.uk