nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBB mesti lebih gigih tamatkan konflik

22 SEPT: Malaysia mahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melakukan penambahbaikan dan perubahan memandangkan ramai manusia yang masih menderita akibat konflik yang masih berlaku di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PBB boleh dikatakan gagal untuk menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan akibat peperangan.

“PBB terus kekal sebagai satu-satunya institusi global yang kita anggap milik semua.

“Walaupun kita akui yang organisasi ini telah berkhidmat dengan agak baik dalam banyak perkara di sepanjang 75 tahun penubuhannya, terutamanya dalam mempromosikan pembangunan sosial dan ekonomi, kita perlu jujur dan mengakui yang PBB boleh dikatakan gagal menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan peperangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA.

palestin
Konflik di Palestin yang berpunca daripada kekejaman rejim Zionis Israel gagal ditangani dengan baik oleh PBB.

Ini merupakan ucapan sulung Muhyiddin di UNGA sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Mac tahun ini.

Mesyuarat itu dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19 dan ucapannya itu telah diprarakam di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana Menteri berkata, PBB kini amat diperlukan, dan ia seharusnya sudah cukup lengkap, bukan hanya dari segi kebebasan politik, tetapi juga dari segi sokongan berterusan negara anggota dalam menampilkan respons terhadap sebahagian daripada masalah besar yang dihadapi dunia.

Muhyiddin berkata, inilah masanya untuk PBB menilai semula pencapaiannya serta memperbaiki kelemahan dan menghapuskan kesemua rintangan yang menghalang kemajuannya yang berterusan.

“Sejujurnya kami percaya dalam memperingati ulang tahun ini, ia menampilkan peluang keemasan kepada komuniti antarabangsa untuk melakukan yang lebih baik. Jangan kita melepaskan peluang ini. Mari kita bergerak kehadapan bersama dalam membina masa hadapan yang kita mahukan, dan PBB yang kita perlukan,” katanya.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan yang sejak beberapa tahun lepas, negara-negara tertentu dilihat tidak mengendahkan penjanjian PBB.

Muhyiddin berkata, sebagai contoh Perjanjian Paris merupakan satu pencapaian terbaik oleh negara-negara dalam menangani perubahan cuaca – satu kemuncak kepada usaha antarabangsa yang bermula di Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992.

“Kami juga mempunyai sejumlah instrumen dan konvensyen mengenai hak asasi manusia yang kebanyakannya mengambil tempoh beberapa tahun untuk dirumuskan. Instrumen sedemikian mengatur dan menentukan tindakan kita, dalam membolehkan kita terus maju.

“Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa negara mengabaikan perjanjian itu. Kita berharap ini dapat dihentikan. Kita perlu perhatikan apa yang dikehendaki dan yang diharapkan oleh orang ramai,” katanya.

Sementara itu katanya awal tahun ini, PBB melancarkan inisiatif UN75, mengajak orang ramai di seluruh dunia berkongksi aspirasi dan harapan serta keutamaan untuk masa hadapan, dengan hampir 40,000 orang telah menjawab tinjauan UN75 itu dalam tempoh tiga bulan pertama ia dilancarkan.

Walaupun tafsiran terhadap penemuan tinjauan itu mungkin berbeza mengikut keadaan di negara masing-masing, mesej dan perkara yang dikongsi oleh orang ramai adalah jelas.

“Ini bukan bermakna yang komuniti antarabangsa tidak mengambil endah terhadap isu itu, sebaliknya kita telah bekerja keras mengusahakannya sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Muhyiddin seterusnya mengucapkan tahniah kepada Volkan Bozkir dari Turki atas pemilihannya sebagai Presiden Sesi ke-75 UNGA bertemakan ‘The Future We Want, the United Nations We Need: Reaffirming Our Collective Commitment To Multilateralism – Confronting COVID-19 Through Effective Multilateral Action’.

Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan terima kasih daripada Malaysia kepada Tijjani Muhammad-Bande dari Nigeria atas komitmen dan kepimpinannya sewaktu sesi ke-74 UNGA yang amat mencabar akibat pandemik COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.