23 SEPT: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengesahkan dirinya positif COVID-19 hari ini selepas menjalani ujian saringan semalam.
Melalui ciapan Twitter, beliau memberitahu, ujian saringan itu dilakukan di Kuala Lumpur selepas pulang dari berkempen di Sabah.
Menurut Shahril, tiada simptom yang jelas kecuali tubuhnya berasa penat sedikit.
“Baru sahaja terima panggilan dan akan ditahan untuk rawatan hari ini.
“Minta maaf atas segala kesulitan yang bakal dihadapi oleh mereka yang mempunyai kontak dengan saya,” katanya.
Beliau mengunjungi beberapa lokasi di Sabah sejak Sabtu lalu hingga semalam bagi membantu kempen calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). – Oleh HUSSAINI AMRAN