23 SEPT: Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin mengesahkan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan seperti biasa hari ini.
Makluman itu menafikan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah jatuh.
“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” katanya dalam ciapan Twitter.
Hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen yang mencukupi bagi membentuk gabungan kerajaan baharu.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya dalam sidang media di Kuala Lumpur. – Oleh HUSSAINI AMRAN