nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak layak mengundi jika ada dua kerakyatan

23 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada maklumat mengenai individu mempunyai lebih daripada satu kerakyatan bakal mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada 26 September nanti.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata seseorang itu akan hilang kelayakan mengundi sekiranya didapati memiliki lebih satu warganegara.

Katanya, seseorang individu layak mengundi selepas SPR menyemak status kewarganegaraan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Bagi pilihan raya umum atau kecil, hanya pemilih berdaftar dalam daftar pemilih pilihan raya berkenaan layak mengundi pada hari ditetapkan.

“Pengundi perlu membawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan bagi membuktikan identitinya sebelum dibenarkan mengundi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mendedahkan wujudnya kumpulan yang memiliki dua kerakyatan akan masuk secara besar-besaran ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Beliau berkata, kumpulan itu tinggal di negara jiran dan masuk ke Sabah untuk mengundi selepas risikan polis mendapati kumpulan berkenaan mempunyai dua kerakyatan.

Dalam satu kenyataan berasingan SPR, menegaskan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 sepanjang urusan PRU DUN Sabah Ke-16 yang disiarkan pada 11 September 2020, adalah kekal dan terpakai selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Unit Komukasi Korporat SPR berkata bagi kawasan Zon Merah, kempen rumah ke rumah perlu dikurangkan dan hanya seorang atau dua orang sahaja dibenarkan untuk masuk ke rumah bagi menjalankan kempen dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal.

“Begitu juga bagi aktiviti ceramah yang dihadkan hanya kepada 30 orang sahaja tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Calon digalakkan memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium atas talian atau melalui saluran media sosial,” kata SPR.

Sementara itu, dalam satu majlis di Kota Kinabalu, Abdul Hamid berkata, terdapat 270 pegawai dan anggota polis di Sabah tidak mengundi awal kerana masih dikuarantin membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Beliau berkata, anggota terbabit perlu dikuarantin selepas terbabit secara langsung dalam penahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikesan positif COVID-19.

“Setakat ini proses pengundian awal hari ini di seluruh Sabah berjalan lancar dengan 25 peratus sudah keluar mengundi.

“Saya juga sudah mengeluarkan arahan supaya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera keluar mengundi kerana cuaca tidak menentu hari ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sini, hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Abdul Hamid turut meyakinkan orang ramai supaya tidak bimbang keluar mengundi Sabtu ini dan polis memberi jaminan keselamatan persekitaran berada pada tahap terbaik.

Bagaimanapun, katanya, pengundi mesti terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.