nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pilih GRS demi kesejahteraan rakyat Sabah

24 SEPT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kehidupan rakyat Sabah lebih baik jika pilih calon mewakili parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Pengerusi PN dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, jika kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berada di haluan yang sama, maka lebih banyak bantuan dan projek pembangunan infratruktur akan di bawa ke Sabah, dalam tempoh 5 tahun lagi.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, jika pengundi di negeri ini terus memilih Parti Warisan Sabah (Warisan) kekal sebagai kerajaan negeri, maka Kerajaan Persekutuan tetap akan menghulurkan bantuan yang wajib diberikan kerana tidak mahu menzalimi rakyat di peringkat akar umbi.

muhyiddin
Muhyiddin Yassin berucap dalam majlis ramah mesra di Beluran, Sabah, hari ini.

“Rakyat perlu kesedaran, kesatuan dan bersatu hati dengan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan Sabah kembali bangkit dan berada di landasan betul termasuk dari pembangunan sosioekonomi.

“Sebab itu, saya rayu bersama saya dan gabungan parti lebih besar dari Warisan untuk menghadapi peringkat situasi yang sukar. Adalah penting bagi kerajaan Persekutuan sekarang untuk memastikan tiada rakyat yang mati kebuluran.

“Saya juga tidak mahu melihat rakyat menjadi peminta sedekah, sebab itu sebagai Perdana Menteri saya guna wang yang kerajaan kumpulkan sebelum ini untuk bantu rakyat selagi termampu ini adalah komitmen kami rakyat.

“Justeru, saya berharap pada 26 September nanti pengundi di negeri ini dapat membuat pilihan tepat bagi menentukan masa depan rakyat Sabah untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Mesra Bersama Masyarakat di Beluran Sabah, hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Beluran yang juga Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, Samad Jambri.

Muhyiddin berkata kerajaan PN adalah sebuah kerajaan prihatin yang memikirkan masalah rakyat, mencari jalan menyelesaikan masalah penduduk dan sama sekali tidak akan menzalimi mereka.

Perdana Menteri berkata, sejak menerajui kerajaan PN, beliau amat menitikberatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat kerana bagi dirinya, kerajaan yang tidak memikirkan nasib rakyat adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak mahu melihat rakyat susah, menangis minta sedekah mahu makan…itu bukan kehendak saya sebagai Perdana Menteri.

“Sebab itu saya akan terus usahakan wang (negara) yang saya kumpul banyak-banyak bukan untuk saya. Saya tidak rasuah, segala apa yang ada yang boleh saya gunakan untuk bantu rakyat, saya akan bantu rakyat, apa yang termampu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.