nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GRS mampu tawan Sabah

BIAR PUN terpaksa melalui jalan sukar di peringkat awal, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat mampu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membentuk kerajaan negeri baharu selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seawal jam 10 malam esok.

Malah, GRS yang dianggotai oleh parti komponen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) kini dilihat berada di hadapan berikutan pelbagai isu berbangkit yang dilihat gagal diselesai oleh kerajaan negeri dikuasai Parti Warisan Sabah dan dipimpin oleh Ketua Menteri Sementara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Antara isu utama yang gagal diselesaikan oleh Warisan termasuk masalah bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya di kawasan luar bandar, peningkatan kadar pengangguran; kegagalan kerajaan negeri mengembalikan hak Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan isu royalti minyak seperti dijanjikan mereka semasa kempen Pilihan Raya Umum lalu (PRU-14).

Ketidakpuasan hati rakyat Sabah menjadi semakin memuncak apabila Ketua Menteri bertindak mengeluarkan kenyataan meminta Kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan kerajaan Filipina berhubung tuntutan terbaharu republik terbabit terhadap negeri Sabah.

Keadaan itu menjadi semakin buruk apabila bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya era Pakatan Harapan (PH) yang juga calon Warisan Segama menyindir dan menghina pasukan keselamatan negara apabila menyatakan mereka cuma berperang dengan ayam dan anjing ketika insiden pencerobohan kumpulah pengikut Jamalul Kiram III di Lahad Datu pada 2013.

Kehadiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau ‘Abah’ yang turun sendiri berkempen ke Sabah sejak beberapa hari lalu juga dilihat memberikan impak besar kepada sokongan rakyat dan pengundi kepada calon GRS sama ada BN, PN mahu pun PBS di kawasan beliau turun berkempen.

Ini ditambah pula dengan pengumuman terbaharu Perdana Menteri mengenai inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat yang sememangnya ditunggu oleh semua pihak termasuk pengundi di Sabah.

Kempen GRS juga dilihat lebih tersusun berbanding Warisan termasuk dengan kehadiran tokoh politik terkemuka tanah air seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turun padang berkempen sejak dari awal lagi.

Berikutan itu, tidak mustahil jika GRS dikatakan mampu meraih kemenangan besar dalam PRN Sabah termasuk di sebahagian besar daripada 17 kerusi panas yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara parti PN, BN dan PBS dalam PRN kali ini.

Malah, kebanyakan ‘top gun’ calon popular seperti Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor, dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk meraih kemenangan di kerusi DUN Lamag dan Sulaman kerana menjadi kubu kuat parti masing-masing.

Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berdepan saingan lima penjuru termasuk wakil Parti Warisan Sabah, Muhamad Ismail Ayob; Razman Maya (Parti Cinta Sabah); Muhamad Ruzaimi Rahmai dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan calon Bebas Juni Abdullah bagi merebut kerusi DUN Lamag.

Manakala, Hajiji dilihat tiada masalah untuk mempertahankan kerusi DUN Sulaman disadangnya sejak 1990, biarpun berhadapan dengan saingan tiga penjuru daripada anak saudaranya, Datuk Aliasgar Basir yang bertanding atas tiket Warisan dan Datuk Rekan Hussein (Parti Cinta Sabah)

Turut mencuri tumpuan ialah pertembungan enam penjuru di DUN Pintasan di mana menyaksikan bekas Yang Dipertuan Dewan Negara, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dicabar oleh lima calon lain termasuk anak muda, Fairuz Renddan yang bertanding atas tiket PN, Padlan Samad (Parti Cinta Sabah), Mohd Safian Saludin (Warisan), Roslan Mayahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Datuk Almudin Kaida (Bebas).

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang bertanding atas tiket BN dilihat tiada masalah besar untuk menang kerusi Usukan kerana dua lagi calon iaitu Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas (PCS) dan Abdul Bakhrin Mohd Yusof (Warisan) dilihat bukan tandingannya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula dilihat sedang bergelut untuk menang di DUN Senallang dalam pertemuan empat penjuru termasuk anak buahnya Norazman Utoh Nain yang bertanding atas tiket PN; D Pg Ahmad Datu Ali Alam, dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah; Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).

Bekas Menteri Luar merangkap Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman terpaksa menghadapi persaingan empat penjuru dengan penyandang kerusi DUN Bongawan, Dr Daud Yusof, (Warisan); Ag Syairin Ag Bakar (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP).

Bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa Warisan juga mempunyai aura tersendiri kerana rakyat sudah mengetahui jika mereka berjaya menang PRN kali ini maka individu yang bakal menjadi Ketua Menteri, tidak lain tidak bukan ialah Mohd Shafie.

Oleh itu, sekarang ini terserah kepada 1.103 juta pengundi termasuk 1,088,711 pengundi yang bakal mengundi pada Hari Pengundian PRN Sabah, esok untuk menentukan masa depan dan gabungan manakah bakal membentuk kerajaan campuran untuk memerintah kerajaan negeri Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pilihlah calon dan parti terbaik demi masa depan anda dan anak cucu nanti, jangan menyesal dikemudian hari. -Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.