nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Undi GRS, hak dapat pembangunan pun dapat

KURANG dua jam lagi iaitu tepat tengah malam ini, berakhirlah tempoh dua minggu kempen yang diperuntukkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

PRN ini memang bukan biasa-biasa. Dari cara ia bermula akibat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bimbang hilang sokongan majoriti di DUN sehinggalah debar menunggu ‘on tak on’ PRN berikutan terdapat proses mahkamah.

Dalam ancaman COVID-19, kempen tetap berlangsung hangat. Sudah dekat dua dekad rasanya Sabah tidak mengadakan PRN berasingan daripada PRU sekali gus menimbulkan satu keterujaan.

Dengan 470 calon bagi merebut 73 kerusi, ia bukan satu jumlah kecil kerana secara puratanya kerusi DUN Sabah menyaksikan saingan enam penjuru.

Di pihak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), kempen mereka lebih dekat dengan soal membangunkan negeri Sabah khususnya di saat ekonomi mencabar ini yang memerlukan kerajaan negeri yang ‘sehati sejiwa’ dengan Persekutuan.

Namun pada masa sama, komitmen tetap diberikan dalam soal hak Sabah seperti mana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 63 (MA63) dan Perlembagaan.

Malah dalam tempoh kempen PRN ini berlangsung, dapat disaksikan bagaimana penyelesaian dicapai antara Sarawak dengan Petronas yang mana syarikat minyak negara itu melunaskan bayaran hampir RM3 bilion.

Sebaliknya, di pihak Parti Warisan Sabah (Warisan), kempen mereka kalau diamati terlalu banyak berkisar soal sentimen.

Antaranya membangkitkan kebencian pengundi kepada pimpinan kerajaan Persekutuan dengan tujuan menggambarkan calon lawan yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak lain hanya mengikut telunjuk Kuala Lumpur.

Dalam asyik menari dengan irama tersebut, seorang calon Warisan telah ‘cross the line’ apabila menyifatkan peristiwa pencerobohan bersenjata di Lahad Datu sebagai sandiwara dan menggambarkan tentera berperang dengan ayam dan anjing.

Beliau kemudian memohon maaf tetapi hampir 100 laporan polis telah dibuat. Bak kata pepatah, kerana mulut badan boleh jadi binasa. Cuma, jangan kerana mulut seorang calon, parti pula binasa.

Memang tidak ada siapa yang sempurna walaupun datangnya dari Semporna sekali pun. Parti mana pun ada kekurangan, yang penting perlu responsif pada suara rakyat.

Namun menyalahkan pihak lain bagi menutup kelemahan sendiri cara paling mudah dalam politik.

Hakikatnya Mohd Shafie sendiri berada dalam Kabinet Persekutuan untuk satu tempoh yang agak lama malah sekutunya juga yang membentuk kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Justeru, kuasa kini di tangan rakyat Sabah untuk membuat pilihan sama ada meneruskan kepimpinan Warisan atau mengantikannya.

Biarpun ada 11 penjuru sekali pun, pengganti utama pastinya memilih GRS yang komited membangunkan ekonomi negeri dan pada masa sama melindungi hak rakyat Sabah. Senang cakap, undi GRS dua-dua dapat.

Maka, buatlah pilihan dengan penuh hikmah. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.