26 SEPT: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini menjalani kuarantin di kediamannya selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pemimpin UMNO ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii, yang dilaporkan positif COVID-19, baru-baru ini.
Dalam hantaran dimuat naik di Facebook dengan beberapa gambar menunjukkan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sedang mengadakan perbincangan secara maya dengan pemimpin parti berkenaan.
“Oleh kerana kuarantin, saya memantau dari rumah segala perkembangan terbaru mengenai hari mengundi PRN Sabah,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI