28 SEPT: Operasi pejabat Tabung Haji (Tabung Haji) Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Tabung Haji menerusi satu hantaran dalam Facebook memaklumkan, penangguhan operasi dibuat susulan proses saringan kesihatan terhadap semua petugas di situ.
Sementara itu, waktu operasi pejabat Tabung Haji di Tawau dan Semporna, Sabah juga telah diubah kepada 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan, bagi mengawal jangkitan COVID-19.
“Pendeposit boleh melakukan transaksi TH mengunakan perkhidmatan dalam talian THiJARI dan rakan strategik TH,” menurut TH,” menurut kenyataan itu.
Kawasan pantai timur Sabah, dari Kunak sehingga Tawau melaporkan kes baru COVID-19 yang tinggi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.