nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BNM kesal MyCC denda PIAM

20 SEPT: Bank Negara Malaysia (BNM) kesal dengan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendenda Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan 22 anggotanya selepas mereka melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Menurut BNM, pada 14 Sept lalu, MyCC menyimpulkan bahawa PIAM dan 22 anggotanya telah melanggar akta apabila persatuan itu memeterai perjanjian mengenai permohonan diskaun perdagangan ke atas harga alat ganti dan kadar buruh setiap jam untuk pembaikan kenderaan oleh bengkel-bengkel di bawah Skim Pembaikan Yang Diluluskan PIAM.

Di samping itu, MyCC juga telah mengarahkan mereka untuk tidak lagi meneruskan langkah tersebut dan membiarkan agar diskaun serta kadar buruh setiap jam ditentukan secara bebas oleh syarikat insurans dan bengkel.

“BNM kesal dengan keputusan MyCC memandangkan langkah itu dilaksanakan melalui bantuan dan pemudahan dari BNM kepada syarikat insurans am terbabit untuk menangani pertikaian antara bengkel dan syarikat insurans am, kerana jika tidak diuruskan, ia memberi kesan buruk kepada pengguna.

“Ini berikutan kelewatan dan perselisihan yang berlarutan ke atas bayaran tuntutan insurans bagi pembaikan kenderaan,” kata BNM dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut BNM, pengaturan yang terhasil dilaksanakan selepas perbincangan antara PIAM dengan Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Automobil Malaysia (FAWOAM).

”Akibat campur tangan pengawalseliaan BNM, kelewatan dalam penyelesaian tuntutan membabitkan pembaikan kenderaan telah berkurangan dengan ketara dan pemegang polisi menerima proses penyelesaian tuntutan yang lebih cekap.

”Sebagai contoh, purata masa pemulihan dari tarikh pemberitahuan kemalangan kepada kerja-kerja pembaikan telah dikurangkan sebanyak 55 peratus sejak 2010,” katanya.

Keputusan MyCC mungkin menjejaskan kesan positif daripada inisiatif serta usaha berterusan BNM dan industri bagi membendung penipuan termasuk meningkatkan kecekapan dalam proses tuntutan kenderaan.

“Ini seterusnya akan mempunyai pencabangan yang lebih luas untuk akses dan kos insurans motor untuk pengguna Malaysia,” katanya.

BNM menjelaskan, susulan keputusan MyCC, bank pusat itu akan melaksanakan usaha wajar dan mengkaji semula pilihannya bagi menjaga kepentingan orang ramai.

Pemegang polisi yang mengalami kelewatan dalam pembaikan dan pelepasan kenderaan mereka, perlu menghubungi penanggung insurans masing-masing untuk mendapatkan nasihat, katanya.

Untuk pertanyaan dan aduan umum, pemegang polisi juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau bnmtelelink@bnm.gov.my.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.