1 OKT: Artis komedi dan penyanyi terkenal yang juga pasangan suami isteri dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.
Difahamkan, pasangan selebriti yang juga usahawan terkenal masing-masing berusia pertengahan 30-an hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak jam 4 pagi tadi.
Wanita berkenaan dipercayai selesai memberi keterangan kira-kira jam 5 petang, manakala suaminya pula masih memberi keterangan setakat jam 7.30 malam.
Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.
Memetik sumber, SPRM berkemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu lain yang turut terbabit dalam siasatan kes sama.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001,” katanya.