1 OKT: Sri Lanka akan menyusul langkah India mengharamkan penyembelihan lembu sebaik sahaja kerajaan mengenal pasti kaedah yang boleh diamalkan bagi menjaga kebajikan haiwan tersebut apabila ia tua.
Memetik laporan AFP, langkah itu dipercayai bertujuan menunjukkan sokongan terhadap pengaruh Buddha dalam parti pemerintah.
Larangan tersebut di India telah mengakibatkan lembu-lembu tua berkeliaran di jalan raya dan mengganggu lalu lintas.
Industri daging lembu di Sri Lanka yang dikuasai oleh umat Islam mencatatkan penurunan sejak beberapa tahun lalu.
Hanya 29,870 tan daging dihasilkan tahun lalu berbanding 38,700 tan dalam tempoh 10 tahun sebelumnya.
Punca utama situasi itu adalah penganut Buddha dan Hindu tidak memakan daging lembu atas faktor agama.
Namun, Sri Lanka tetap membenarkan import daging lembu ke negara itu.